Cukuplah bila aku merasa mulia karena
Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku
menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka
berilah aku taufik
sebagaimana yang Engkau cintai. Insha'Allah
Kisah Al-Ghazali Menemukan Jalan Tasawuf
Banyak
cerita menarik tentang Imam Al-Ghazali, yang paling terkenal ialah
cerita tentang Ahmad, adiknya,
melalui jalan saudaranya inilah jalan tasawuf menjadi pilihan Al
Ghazali. Berterima kasihnya Al-Ghazali mendedikasikan sebuah kitabnya, Madhunun bih Ala Ghairi Ahlih, untuk sang adik.
Alkisah, suatu hari ketika Imam Al-Ghazali menjadi imam disebuah masjid. Tetapi saudaranya yang bernama Ahmad tidak mahu berjemaah bersama, Imam Al-Ghazali lalu berkata kepadanya ibunya :
"Wahai
ibu, perintahkan saudaraku Ahmad agar solat mengikutiku, supaya
orang-orang tidak menuduhku selalu bersikap buruk terhadapnya".
Ibu
Al-Ghazali lalu memerintahkan puteranya Ahmad agar solat bermakmum
kepada saudaranya Al-Ghazali. Ahmad pun melaksanakan perintah ibunya
untuk solat bermakmum kepada Al-Ghazali,
Ketika Al-Ghazali menjadi Imam solat di masjid, sementara adiknya menajdi makmum. Ketika
itu adiknya melihat tubuh abangnya berdarah, maka ia pun (Muffaragah)
membatalkan
makmum kepada abangnya, dan meneruskan solat sendiri. Setelah solat,
Ghazali bertanya, “Mengapa kamu membatalkan makmum kepadaku?” jawab
Ahmad, adiknya, “Aku melihat jasad abang penuh dengan darah.”
Sejenak
Ghazali termenung. “Memang dalam solat tadi saya sedang berpikir
tentang persoalan haid.” Adik kandung Imam Ghazali memang dikenal
sebagai Ahli Kasyf, mampu
melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang awam. Seketika itu
Ghazali sedar tentang pentingnya dunia sufi. Dan kejadian inilah yang
mendorongnya mendalami Ilmu tasawuf.
Al-Ghazali bertanya kepada adiknya Ahmad : "Dari manakah engkau belajar ilmu
pengetahuan seperti itu" ? Saudaranya menjawab, "Aku belajar Ilmu kepada
Syekh Al-Utaqy iaitu seorang tukang jahit sepatu. Al-Ghazali lalu pergi kepadanya" .
Al-Ghazali menuruti perintah Syekh tersebut dengan hati yang redha dan ikhlas.
Bila
mana Al-Ghazali hendak melaksanakan perintah Syekh itu, beliau terus
mencegahnya dan memerintahkan agar Al-Ghazali pulang. Al-Ghazali pulang
dan setibanya dirumah
beliau mendapat ilmu pengetahuan yang luar biasa. Dan Allah telah
memberikan Ilmu Laduni atau Ilmu Kasyaf yang diperoleh dari Ilmu tasawuf atau
kebersihan hati kepadanya.
Dia
berkata kepada Syekh Al-khurazy : " Saya ingin belajar kepada Tuan ".
Syekh itu berkata : Mungkin engkau tidak sanggup mengikuti
perintah-perintahku ".
Al-Ghazali menjawab : "Insya Allah, saya kuat ".
Syekh Al-Khurazy berkata : "Bersihkanlah (sepuluh) lantai ini ".
Al-Ghazali hendak melakukan dengan penyapu.
Tetapi Syekh itu berkata : " sapulah (bersihkanlah) dengan tanganmu ".
Al-Ghazali menyapu lantai dengan tangannya, kemudian dia melihat
kotoran yang banyak dan bermaksud menghindari kotoran itu.
Namun Syekh berkata : " bersihkan pula kotoran itu dengan tanganmu ".
Al-Ghazali lalu bersiap membesihkan dengan menyisingkan pakaiannya.
Melihat keadaan yang demikian itu Syekh berkata : " Nah bersìhkan kotoran
itu dengan pakaian seperti itu " .
Al-Ghazali menuruti perintah Syekh tersebut dengan hati yang redha dan ikhlas.
Maka sejak itu ia memutuskan untuk menjadikan Tasawuf sebagai jalan mengenal Allah yang tujuan akhirnya disebut Makrifat. Menurut Ghazali, Makrifat tidak hanya berarti mengenal Allah, tetapi juga mengenal alam semesta. Hakikat dan Makrifat bukan hanya pengenalan biasa, Ianya juga ilmu yang tak diragukan kebenaranya, yang disebut Ainu al-Yaqin – tersingkapnya sesuatu secara jelas, tidak ada keraguan, tidak mungkin salah dan keliru.
Makrifat sebenarnya diperoleh melalui llham. Allah memancarkan Nur ke dalam kalbu seseorang agar ia mengenali hakikat Allah dan segala ciptaannya. Hanya kalbu yang bersihlah yang bisa menerima Nur Ilahi. Apa syaratnya? Harus menyucikan diri dari dosa dan tingkah laku tercela, membersihkan diri dari keyakinan selain keyakinan kepada Allah. Kalbu harus sentiasa berdzikir kepada Allah sehingga dapat mencapai Fana (melihat asma Allah) secara sepenuhnya. Jika sudah mampu mencapai tahapan ini (Maqamat), ia bisa mendapatkan Mukasyafah (mampu menjawab persoalan) dan Musyahadah (mampu melihat Allah dalam hati).
Al-Ghazali telah meninggalkan pengaruh paling besar ke atas sejarah Islam didunia.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar